Cute Blue Cloud -->

Friday 2 August 2013

BULAN MULIA BULAN BAHAGIA

Hidup Memerlukan Pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan Ketabahan.
Ketabahan memerlukan Keyakinan,
Keyakinan pula menentukan kejayaan,
Kejayaan pula menentukan Kebahagiaan

Indah kata-kata hanya nukilan
Indah nya wajah pada senyuman,
Indah permandangan pada lukisan
Indah nya malam pada bulan dan bintang
Indahnya hidup pada ujian dan dugaan
Indah nya hati hanya pada iman dan ketakwaan pd Ilahi

Andai jejak membekas bara,
Jika langkah membawa lara,
Jika tingkah menoreh luka,
Andai kata merangkai dusta,
Andai suara menikam rasa…
Tiada andai dan tiada jika,
Hanya ampun maaf ku dipinta di hari mulia.

credit to: Shakizah(officemate)


Wednesday 10 July 2013

PULAU TAQWA

Masa yang dinanti kini sudah tiba
Kemunculan yang ditunggu makhluk insani
Datanganya dirai penuh suci
Hadirnya bersama muatan penuh keberkatan

Perjalanan Ramadhan ini tidak panjang
Manusia berpusu-pusu melaluinya
Dalam merebut peluang keemasan seribu bulan
Dalam mencapai destinasi tiga puluh malam

Kita semua ibarat pendayung
Mendayung perahu menuju ke sebuah pulau
Pulau istimewa pulau mulia
Pulau Taqwa nama adanya

Dalam mengharungi lautan menujunya
Kita mungkin berhadapan gelombang dan gelora
Yang mana ia mungkin memenatkan kita
Dan akhirnya ramai yang terkandas dipertengahannya

Maka untuk itu
Kita memerlukan suntikan semangat
Yang mampu membantu kita mencapai ke pulau itu
Lalu bawalah bersama dalam perahu kita
Bekalan rohani sebagai makanan
Yang akhirnya kita dapat tiba ke Pulau Taqwa.


Wednesday 26 June 2013

KASIH PELANGI

Wujudmu tidak pernah disangka
Adanya kamu tidak pernah diduga
Hadir dirimu membawa warna warninya
Kemunculanmu menerbit sinar bahagia

Tidak dapat dikenalpasti
Dari mana muncul sinarmu
Tidak raih aku berfikir
Bagaimana wujud warna serimu
Begitu indah engkau mempersona

Kemunculanmu tidak lama
Hadir dirimu cuma seketika
Adanya kamu dengan bahagia
Wujudmu untuk berkasih bahagia

Duhai pelangi
Jarang sekali engkau menjelma
Jauh sekali kita berhadap sua
Namun kasihmu masih bersisa
Masih tebal tujuh lapisnya


Tuesday 4 June 2013

RIBUT TENANG

Laut tenang
Sering dipuja sekalian manusia
Sering dibicara sekalian kata-kata
Dek kerana rasa aman yang ada padanya
Dek kerana indah meluas keadaannya

Langit biru
Selalu ditatap wajah mukanya
Selalu direnung ketinggian ajaibnya
Tidak bertiang tegak berdiri
Memberi tunjuk akan harapan yang sentiasa ada
Mengajar manusia akan sempit tidaknya hidup

Ribut fikiran memikirkan masalah
Tidak tenteram jiwa mengingatkan kekusutan
Kadang terasa seperti tiada penyelesaian
Buntu jalan mati akal

Dari kerana itu
Laut dan langit itu tetap kekal begitu
Ambil dan pergunakanlah ia
Sedang ribut itu pasti ada tenangnya.


Saturday 13 April 2013

CERITA LANGIT

Mata ini
Sukar sekali mahu dilelapkan
Sukar sekali ia mahu dikatupkan
Walau rasa letih menguasai
Seharusnya ia dapat melenakanku dalam sedikit masa
Tetapi tidak untuk malam ini

Mata ini
Melihatkan langit yang diatas
Ia merupakan langit yang sama yang menghiasi
Walau dimana bumi kaki ini memijak
Itula jua langit yang dijunjung
Namun langit itu menyimpan pelbagai kisah dan cerita
Dari halaman yang berbeza

Mata ini
Memandang jauh ke dalam menembusi langit
Menyampai dan memainkan semula kisah lama
Kisah yang dicoret dibumi segar itu
Seolah tidak mahu mempercayai ia telah berakhir

Mata ini
Meneliti setiap coretan yang terukir
Mengenang kembali segala kenangan tercipta
Yang mana ia mungkin sukar untuk dipadam
Sesekali berlinang air dimata sayu
Dek kerana rindu yang tak dapat diselindung

Selagi berdiri langit diatas
Selagi nyawa terkandung dibadan
Akan ku cuba pertahankan memoir itu
Sesekali mungkin
Salamku kan disampaikan angin yang berhembus



Saturday 30 March 2013

MATA HATI

Dalam sayup subuh ia menapak
Berlapikkan sarungan baru selesa kiranya
Melangkah sendiri penuh berhati
Tersadung suara aduh tiada yang mendengar

Memandang ciptaan Tuhan seindah penglihatan
Merasuh hati dihayati jiwa
Setiap sisi kejadian diperhati penuh teliti
Semua berperanan tak kurang kesempurnaan

Perjalanan jauh tak berat dirasa
Keringat mengalir tiada diperasan
Semangatnya penuh mencari penghayatan
Khayal diri dalam dunia Ilahi

Andai yang dicari dan diperhati adalah kebaikan dan kecantikan
Maka akan kelihatanlah kesempurnaannya
Andai yang dicari dan diperhati adalah keburukan dan kekurangan
Maka kana kelihatanlah kecacatannya.


Friday 8 March 2013

TEPATI CARA

Dalam hidup ini
Segala hal yang kita laku haruslah menepati caranya
Dalam segenap perkara
Mestilah dilaksana mengikut kaedahnya
Dalam pada tiap rencana
Hendaklah disempurna menepati garis panduannya

Andai tidak
Manakan dapat permasalahan diselesai
Andai tidak
Manakan mampu perkiraan dicongak
Andai tidak
Manakan sempurna majlis dirai

Jika kalian berasa lapar
Makan adalah cara mengenyangkannya
Jika kalian berasa letih
Rehat adalah cara menghilangkannya
Jika kalian berasa kurang IMAN di dada
TUHAN adalah jawapannya.