Cute Blue Cloud -->

Saturday 13 April 2013

CERITA LANGIT

Mata ini
Sukar sekali mahu dilelapkan
Sukar sekali ia mahu dikatupkan
Walau rasa letih menguasai
Seharusnya ia dapat melenakanku dalam sedikit masa
Tetapi tidak untuk malam ini

Mata ini
Melihatkan langit yang diatas
Ia merupakan langit yang sama yang menghiasi
Walau dimana bumi kaki ini memijak
Itula jua langit yang dijunjung
Namun langit itu menyimpan pelbagai kisah dan cerita
Dari halaman yang berbeza

Mata ini
Memandang jauh ke dalam menembusi langit
Menyampai dan memainkan semula kisah lama
Kisah yang dicoret dibumi segar itu
Seolah tidak mahu mempercayai ia telah berakhir

Mata ini
Meneliti setiap coretan yang terukir
Mengenang kembali segala kenangan tercipta
Yang mana ia mungkin sukar untuk dipadam
Sesekali berlinang air dimata sayu
Dek kerana rindu yang tak dapat diselindung

Selagi berdiri langit diatas
Selagi nyawa terkandung dibadan
Akan ku cuba pertahankan memoir itu
Sesekali mungkin
Salamku kan disampaikan angin yang berhembus