Cute Blue Cloud -->

Tuesday 18 December 2012

FRIENDSHIP

Daku memulakan madah ini
Dengan puji-pujian pada Dia Tuhan semesta alam
Maha suci dan hebat-Nya tiada apa dapat menandingi
Maha sempurna perjalanan hidup yang telah Dia takdirkan
Sesungguhnya, Dialah Allah yang maha bijaksana

Coretan ini menjadi wadah
Bagiku meluah rasa hati ini yang tak mampu untukku perkatakan
Walau tak mudah untukku menghasilkan coretan ini
Namun daku gagahi demi mensyukuri nikmat yang diberi
Asal diketahui,
Kata-kata indah lahir dari hati yang tulus murni
Puisi itu lahir dari lisan yang tak mampu berkata-kata

Seseorang itu hanya digelar KAWAN dan SAHABAT
Apabila mereka telah melakukan empat perkara
Mereka berjalan bersama
Mereka makan bersama
Mereka beribadah bersama
Mereka tidur bersama

Semua itu telah daku rasai bersama kalian
Senang tawa kita bersama
Berhujan panas kita bersama
Bersusah sedih kita tiada terpisah

Kesyukuran yang tidak terhingga daku panjatkan pada Yang Esa
Kerana mengurniakan, kawan, rakan. dan sahabat seperti kalian
Terima kasih pada kalian kerana mewarnai kehidupanku
Takkan ku lupa segala kenangan dan janji kita..


Sunday 9 December 2012

MENARI DALAM HUJAN

Indahnya hari bermula
Tatkala sang mentari terbit menyinar
Cahayanya cerah menerangi seluruh semesta alam
Serangga dan haiwan mula keluar mencari keperluan
Manusia melakukan apa yang perlu untuk memenuhi hari-hari kehidupan
Alangkah bahagianya semua tatkala suasana cerah

Adapun ketika rintik hujan mulai menjatuh
Semua yang keluar terus bubar kembali ke tempat asal
Segala yang diperlaku tadi terus terhenti
Merasakan hari itu tidak punya nasib baik

Namun begitu
Tetap saja masih ada yang merasakan kebahagiaan
Walau tidak dihujani cahaya keperluan
Mereka menikmati setiap detik yang berlaku sebagai satu anugerah
Mereka bersyukur dan melihat hikmahnya

Sesiapa yang mengatakan hari cerah itu sinonim dengan kebahagiaan
Dia belum pernah menari dalam hujan...


Monday 19 November 2012

HEART OF PALESTINIAN

All your enemies
All your fighters
All your tanks
and All your soldiers
Against a boy holding a stone
Standing there all alone

In his eyes I see the sun
In his smile I see the moon
And I wonder
I only wonder
Who is weak
and Who is strong
Who is right
and Who is wrong

And I wish
I only wish that
The TRUTH has a TONGUE..


Thursday 8 November 2012

PERSAMAAN YANG BERBEZA

Begitu banyak perkara yang kita lakukan bersama
Bergembira tawa kita bersama
Bersedih duka kita bersama
Bersenang teguh kita bersama
Bersusah payah tiada kita bercerai

Walau destinasi kita sama
Walau kenderaan yang kita gunakan adalah sama
Walau bahan bakar buat penggerak adalah sama
Walau bergerak kita juga pada kelajuan sama

Namun
Kita adalah manusia yang mempunyai watak berbeza
Kita mempunyai teknik dan kemahiran yang berbeza
Kita mempunyai kemampuan dan kekuatan yang berbeza

Sejauh mana mampu kita bergerak
Sejarak mana destinasi dapat kita pergi
Setinggi mana mampu kita capai
Bersyukur dan terimalah hasilan kita itu
Kita telah pun memberi sedaya mampu
Analisa dan perbaikilah ia di masa hadapan


Monday 29 October 2012

HUJAN HATI

Tatkala hujan ramai turun membanjiri permukaan
Tatkala itulah perasaan isitimewa memenuhi segenap ruang hatiku
Hadirnya rasa itu tanpa diundang jemput
Hadirnya rasa itu tanpa dipinta mohon
Ia hadir sebagai fitrah
Ia hadir kerana takdir kehadirannya

Kadangkala daku terfikir sejenak
Mampukah aku menahan perasaan ini
Berdayakah aku menafikan kata hati ini
Daku berperang dengan diriku sendiri
Daku berlawan dengan jiwa dalaman ini sendiri

Ada ketikanya daku berasa kuat mengharungi sendiri
Ada ketikanya daku berasa gagah melawan jiwa ini sendiri
Namun ada ketikanya pula berasa tidak tertanggung akan peritnya
Ada ketikanya daku terasa seperti seekor kumbang tua yang tidak punya apa daya
Dan ada pula ketika dan masanya terasa ingin diluah semuanya

Seribu satu perkara bermain dalam kotak pemikiranku
Seribu satu kata berlawan dalam pusat jiwaku
Buat masa yang ada pada ketika saat ini
Hanya doa mampu ku pohon sebagai perisai
Sebagai penguat hati dan penyembuh jiwa yang tiada daya


Thursday 6 September 2012

MAAFKAN AKU SAHABAT

Aku bukanlah sahabat sempurna
Sering sahaja melakukan silap dan salah
Aku bukanlah sahabat mulia
Sering sahaja melakukan khilaf dan dosa
Aku bukanlah sahabat hikmah
Sering sahaja menambah duka dan lara

Sahabat
Engkau sentiasa ada disisi tatkala aku memerlukanmu
Engkau senantiasa ada untuk mendengar luahan hatiku
Engkau sentiasa ada dekat denganku unutk bersama aku
Adanya kita susah senang bersama

Sahabat
Mungkin aku pernah terlanjur bicara tersalah kata
Mungkin aku pernah meluka mencalar hati lara
Mungkin aku pernah menambah beban tanpa sengaja
Segalanya itu atas kelemahan jiwa

Lalu ku putuskan menyusun jari memohon kemaafan atas keterlanjuran
Tanganku menadah memohon keampunan Tuhan
Maafkan daku duhai sahabat
Maafkan daku duhai teman...


Saturday 4 August 2012

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU


Umum mengetahui bahawa
Kehidupan kita di atas muka bumi ini cuma sekali
Segala apa yang kita lakukan semasa hayat ini juga cuma sekali
Tidak ada yang kedua kali

Hanya dengan sekali peluang inilah
Kita harus melakukan yang terbaik
Hanya dengan sekali peluang inilah
Kita mesti melaksanakan yang sesuatu
yang mampu mengubah satu yang lain untuk selamanya

Duhai Penguasa Alam Semesta Yang Esa
Andai ini ramadhan terakhirku
Jadikanlah aku hamba yang menerima rahmat kemuliaanMu
Andai ini ramadhan terakhirku
Kasihilah aku dengan kebesaran pengampunanMu
Andai ini ramadhan terakhirku
Selamatkanlah aku dari bahana panas Mu yang tidak tertanggung olehku

Duhai Pencipta Yang Maha Pengasih Penyayang
Andai ini ramadhan terakhirku
Kurniakanlah aku rasa taqwa kepadaMu
Moga aku bisa menjadi insan muttaqin
Sebagaimana yang Engkau sebut dalam kalam mulia Mu


Thursday 26 July 2012

KEMULIAAN YANG DIRINDUI

Penantianku kini telah berakhir
Selepas berbulan-bulan lamanya ku menunggu
Setelah setahun lamanya ku menanti
Akhirnya kau kembali menemui aku

Kerinduanku kini telah terubat
Selama beratus-ratus hari jiwa ku melara
Selama beribu-ribu detik raga ku tersiksa
Kini kau kembali membaluti parah hatiku

Kedatangan dan kehadiranmu sangat dirindui
Peninggalan serta pemergianmu amat ditangisi
Kedatanganmu membawakan kebaikan seribu bulan
Kehadiranmu mewujudkan keberkatan
Keberadaanmu melahirkan kebahagiaan
Kewujudanmu datang bersama seribu kemaafan

Duhai bulan yang penuh kemuliaan
Duhai bulan yang yang penuh keberkatan
Duhai bulan yang penuh kebaikan
Ku memohon dan berharap
Semoga pertemuan kita kali ini membawa lebih bermakna
Agar aku bisa menjadi insan yang lebih sempurna
Agar aku mampu menjadi insan yang lebih baik

Ya Rabbuljalil.. Allahumma amin..


Sunday 8 July 2012

KHILAF

Mungkin salah apabila dikata langit kan selalu cerah
Mungkin silap apabila dikata bulan kan selalu indah
Mungkin juga tidak tepat apabila dikata mentari kan terus menyinar

Langit cerah adakalanya mendung
Bulan indah adakalanya tidak kelihatan
Sinaran mentari adakalanya tidak menerangi

Aku hanyalah manusia biasa
Sering saja melakukan kesilapan dan khilaf
Dek kerana kasarnya mata maka salah melihat
Dek kerana tajamnya lidah maka salah berbicara

Ku akui akan semua kesilapanku
Mohon maafkan aku..


Monday 28 May 2012

KINI AKU LAHIR

Inilah saat dan masanya
Inilah waktu dan ketikanya
Inilah detik dan hari bermulanya sebuah kehidupan

Ketika kejadian itu berlaku
Sunyi tidak suasananya
Kedengaran disebalik kamar kecil
Suara seorang wanita sedang bertarung lemah
Dalam keadaannya seakan nyawa-nyawa ikan
Mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan satu lagi nyawa
Bersyukur setinggi sebanyak gunung dan lautan tiada cukupnya
Kini dua nyawa yang bertarung itu masing-masing selamat
Terima kasih Tuhan kini aku selamat dilahirkan

Pada waktu itulah
Kedengaran ditelingaku azan dan iqamah buat pertama kalinya
Lalu bermula detik itu sehingga ke saat ini
Berhenti tidak aku mendengarnya kedua-dua alunan itu
Namun tiada yang serupa sebagaimana aku mendengarnya buat kali pertama
Kerana ia suara dari seorang lelaki yang tiada gantinya

Hari ini merupakan harinya
Walau sering sahaja ia berulang acap tahun
Namun berbagai peristiwa dan pengalaman telah ku tempuhi
Jatuh dan bangunku
Naik serta turunku
Segalanya bermula dari hari ini..

Terima kasih mama ayah..
Tanpa kalian mungkin aku tidak bisa menjadi seperti sekarang..


Tuesday 15 May 2012

PALESTIN

Hari itu merupakan hari yang bersejarah
Waktu itu merupakan waktu puncak amarah
Saat itu merupakan saat yang parah
Detik itu merupakan detik luka masih berdarah

Bedilan meriam mereka letuskan tanpa amaran
Pedang tajam mereka menusuk menembusi rusuk
Senjata api mereka lepaskan ke sasaran tanpa belas kasihan
Lelaki mereka perlakukan seperti binatang
Anak-anak kecil mereka perlakukan umpama haiwan
Wanita mereka perkosa dengan hina
Golongan tua mereka perbuat seolah mereka tidak bernyawa

Kini mangsa-mangsa ini hidup gelandangan
Mangsa-mangsa ini menjadi pelarian dinegeri mereka sendiri
Tanah tempat tumpah betapa banyaknya darah mereka ini
Pemangsanya kini bermaharajalela
Pemangsanya kini besar gelak tawanya

Saudara-saudara ku..
Kami ini insan yang lemah
Malah lebih lemah dari kalian
Kami tak mampu berjuang di medan seperti kalian
Hanya doa dan sedikit bantuan mampu kami panjat serta hulurkan
Moga-moga kalian terus kuat agar kemenangan dapat kita capai..


Wednesday 9 May 2012

MAMAKU IBUKU

Malam masih belum tamat
Bulan masih jelas terang kelihatan
Syahdu dingin bayu malam masih bisa dirasai
Simfoni indah melodi malam masih lagi berbunyi

Pada ketika waktu dan saat ini
Jaga dan bangkitnya seorang insan mulia
Membuka tahan kelopak matanya yang berat terpejam
Mengorbankan waktu enak beradunya
Melawan jiwa yang menginginkannya untuk terus diulit mimpi

Kehidupannya dimula seawal pagi
Cukup tidak tidurnya ditahankan sahaja
Penat letih semalam dilupakan terus
Titisan keringat serta beban tidak pernah dikira
Hanya dan cuma buat suami, anak-anak dan keluarganya

Mama...
Ibu...
Emak..
Ummi...
Walau apa panggilan yang kau terima
Kau tetap insan mulia
Pengorbananmu tidak aku ternilai
Jasamu tidak aku terbalas
Sungguh banyak yang telah kau lakukan
Hanya demi kami
Cuma kata-kata serta ucapan yang mampu ku luahkan disini


Mama...
Ibu...
Emak..
Ummi...
Terima kasih atas segalanya~


Thursday 3 May 2012

SERIBU SATU LANGIT

Malam ini pandanganku beralih ke langit
Melihat kehebatan serta keindahan ciptaan-Nya
Apa yang ku tatap pada malam ini adalah sangat sempurna pada perkiraanku
Langit...
Cerah lapang lagi tidak tertutup
Awan...
Tak menebal lagi tidak memendung
Bintang...
Bersinar lagi indah disertai kerlipan yang berganti warna

Mungkin ada benarnya pabila dikata
Satu keburukan yang kita perlaku bakal menutupi
Seribu kebaikan yang pernah kita perbuat
Pernah dikata dek pepatah
Kerana nila yang setitik habis rosak susu sebelanga
Tiada salahnya kata-kata ini
Tiada silapnya pepatah ini

Namun
Tiada apa yang mustahil
Mungkin saja satu keburukan yang kita perlaku itu tidak dipandang
Dek kerana seribu kebaikan yang kita perbuat bisa menutupinya
Malah
Redup terharu rasa hati ini
Pabila kita diingati orang-orang dek kerana kebaikan yang pernah kita perbuat

Lihatlah ke langit
Ia pernah menurunkan lebat hujan hingga melimpah banjir
Lihatlah ke langit
Ia pernah memukul dengan taufan dan ribut hingga luluh musnah
Lihatlah ke langit
Ia pernah memancar kilat dan petir hingga gerun gemuruh semuanya
Namun jangan dikenang semua itu
Pandanglah dan ingatlah langit itu kerna indahnya
Ia pernah memancar sinar cerah hingga menggamit suasana
Ia pernah menyuluh terang sinar kehidupan
Ia pernah mengindah hias simfoni malam sempurna


Saturday 28 April 2012

BERSiH

Hari ini merupakan hari yang dinanti-nanti
Hari dimana semua hati menjadi satu
Hari dimana jiwa saling teriak sorak
Hari dimana minda menjadi nan saksama

Hari ini
Kata mereka
Tanah ini sudah cukup sucinya
Mengapa lagi perlu dicuci gilapkan
Kata mereka
Tempat ini sudah cukup bersihnya
Tidak lagi ada sampah yang perlu disapu buang
Tidak perlu semua itu

Kata kita
Andai tanah ini cukup sucinya
Maka tidaklah lagi perlu hujan turun mencuci nya
Kata kita
Andai memang tempat ini cukup bersihnya
Maka tidaklah pula perlu ombak deras menghempas pantai
Membuang segala sarap yang ada

Apa yang kita perbuat hari ini
Merupakan demi masa depan yang lebih bersih
Apa yang kita perbuat hari ini
Merupakan demi masa depan yang lebuh murni
Kerana
Tanah ini milik kita
Milik kita semua bersama



Saturday 21 April 2012

TERUMBU LAUT RUMPUT PADANG

Hari ini
Kehidupan yang kita lalui sangat mencabar
Penuh dengan dugaan
Penuh dengan pancaroba
Penuh dengan onak beserta duri
Penuh dengan segala macam yang bisa mematangkan kita
Atau mungkin bisa menghancurkan kita

Dalam mengharungi hidup yang mencabar ini
Kekuatan sejati lah yang amat diperlukan
Dengan kekuatan inilah yang akan menjadikan kita
Lebih bersemangat serta tabah untuk mengharungi hari-hari yang mendatang
Kerna kita perlu ingat
Neraca dunia sememangnya saksama
Yang kuat akan terus maju berjaya
Yang lemah akan terus berada ditempatnya tidak ke mana

Namun
Bukanlah cuma kekuatan fizikal atau lahiriah sahaja menjadi pengukur
Yang terlebih utama adalah
Kekuatan rohani atau batiniah nya yang menentukan
Sama ada kita bisa terus maju berjaya atau
Kita terus kaku di takuk lama tanpa berganjak

Jadilah seperti rumput nan lemah lembut
Ia tak luruh jatuh walau dipukul ribut
Jadilah seperti karang di dasar lautan dalam
Ia tak terusik patah walau dilanda badai


Friday 13 April 2012

DUHAI MENTARI

Duhai pagi
Pada saat ini aku masih menikmati kedamaian mu
Rasa damai yang kau bawa membuatkan aku aman selesa
Tak ingin rasanya untuk aku melepaskan kau pergi

Duhai mentari
Cahaya terangmu melenyapkan nikmat damai pagi
Lalu kau datangkan pula rasa hangatnya dunia
Setelah itu kau timbulkan pula rasa teriknya dirimu
Melihatkan kehadiranmu
Ramai mengeluh dan banyak pula yang tidak senang

Duhai mentari
Walau banyak yang merungut mengadu
Namun aku melihat hadirmu dari sudut yang berbeda
Ku tahu bahwa hadirmu sebenarnya merupakan suatu pengorbanan

Ku tahu bukan kehendakmu untuk menghilangkan nikmat pagi itu
Tetapi manakan bisa bunga berkembang mekar tanpa wujudmu
Ku tahu bukan kehendakmu mendatangkan hangat bahangnya dunia
Tetapi manakan bisa para eskimo meneruskan hidup tanpa hadirmu
Ku tahu bukan kehendakmu untuk memancarkan teriknya sinaranmu
Tetapi manakan bisa manusia melihat dunia tanpa adanya kamu

Duhai mentari
Wujudmu adalah nikmat
Hadirmu adalah kehidupan
Adanya kamu adalah untuk melihat masa depan
Tanpa pengorbananmu tidakkan bisa dunia menjadi indah
Ku bersyukur dengan adanya kamu


Monday 9 April 2012

DISELUBUNGI KEGELAPAN


Saatnya telah pun tiba
Masa ketika yang mana jadinya tidak ku pinta
Detik waktu yang mana hadirnya tidak kunanti
Kini suasana mulai berubah
Harmoni yang wujud sejak tadinya telah mulai menghilang
Fantasi mata yang terlukis sekian masa telah mulai padam
Putih awan telah bertukar warnanya
Lalu ia berarak menutupi biru langit
Kini seluruh alam telah diselubungi kegelapan

Gegarnya guruh tiba bersama kilat yang menyabung serta panahan petir
Mereka menghilangkan amannya perasaan
Mereka melenyapkan gamitnya suasana
Masing-masing mula mencari tempat teduh
Masing-masing mula mencari tempat berlindung
Hanya untuk mendapatkan ketenangan yang sementara

Ku tahu kedatangannya membawa seribu satu kebaikan
Walau ia terpaksa menghilangkan sementara harmoninya alam
Maka dari itu ku cuba memujuk rela hati
Agar terus sabar menerima dan menanti
Menanti cahaya dibalik gelap awan itu untuk muncul kembali
Bersama dengan harmoni yang lebih aman tenang

~setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya~


Tuesday 3 April 2012

DISEBALIK APA YANG TERLIHAT

Dunia...
Penuh dengan keindahan
Penuh dengan kecantikan
Penuh dengan warna warni
Banyak yang bisa kita perlihat
Pelbagai yang bisa kita merasa
Melalui dek kasarnya mata
Juga melalui derasnya hembus nafas

Kita sering mendengar
Dunia ini cuma permainan
Dunia ini banyak yang tak bisa diperjelas
Dunia ini banyak yang tersembunyi lagi tidak tersingkap
Tidak semua apa yang kita lihat itu benar
Tidak semua apa yang kita rasa itu nyata
Tidak semua apa yang kita suara itu bisa diperdengar

Mungkin saja seorang yang sering bersenda gurau tatkala berada denganmu
Dia seorang yang murung diam disaat dia bersendirian

Mungkin saja seorang yang sering memberikanmu semangat untuk terus hidup
Dia seorang yang sedang mencantum kembali hatinya yang retak seribu

Mungkin saja seorang yang sering kelihatan kuat gagah disaat dia bersamamu
Dia seorang yang selalu mengeluh mengadu tatkala dihadapan Tuhan

Mungkin saja seorang yang sering menceriakanmu dengan gelak tawanya
Dia seorang yang sedang mengubati luka dalam dadanya

Mungkin saja seorang sering menghadiahkanmu dengan sesuatu yang berharga
Dia seorang yang tidak pernah pula mendapatkannya

Mungkin saja seorang yang sering membuahkan cetus fikirnya yang bernas
Dia seorang yang tidak mampu mengeluarkan sebarang kata tatkala dia sendiri

Cubalah untuk melihat disebalik pada setiap apa yang perlihat~


Thursday 29 March 2012

TEMAN PELENGKAP

Kini hanya ada kau dan aku
Mata kita saling pandang melihat
Bukan hanya bulat mata yang terlihat
Jauh ke dalam jiwa panahan mata ini menatap
Menerjah apa yang tak ternampak dek kasar mata

Seketika tiba
Datang angin bayu hembus menerpa diri kita
Membawa bersama memori masa lalu
Mengimbau kembali kenangan yang tersingkap

Masih jelas kelihatan senyuman yang terukir diwajahmu
Masih jelas kedengaran suara dari gelak tawamu
Masih jelas terasa tepukan dari telapak mu

Kabur tidak dari ingatan ini
Langkah perjalanan kita bersama
Menempuh pelbagai onak duri dalam perjuangan
Susah payah serta suka duka sama dirasai
Dalam menuju destinasi yang satu

Satu masa ada yang terkehadapan
Satu masa ada yang jatuh rebah
Satu masa ada yang langkah terhenti
Namun...
Tinggal tidak yang satu itu
Kau pimpin untuk bangun semula
Kau pegang bawa menuju kita bersama
Tidak kau tinggal yang satu itu sendirian

Teman...
Hadirmu menyempurna hidupku
Hadirmu mengindah perjalananku
Hadirmu membawa sinar cahaya dan harapan
Tidakkan dilupa segala apa yang telah kau perbuat
Tidakkan dilupa segala kenangan kita bersama
Tidakkan dilupa lukisan yang telah tercipta
Terima kasih wahai TEMAN...


Monday 19 March 2012

EKUINOKS SAKURA

Sudah cukup dan kini ia telah tiba
Titik permulaan sang bumi saat ia mula berputar telah ditemukannya lagi
Maka ini bermakna
Ekuinoks akan berlaku lagi
Saat dimana mentari memancarkan sinarnya tepat diatas khatulistiwa
Saat dimana musim mula berubah
Saat dimana turun naiknya sebuah kisah

Ketika ini
Ada tempat mula menerima musim bunga
Setelah lamanya musim sejuk itu membelenggu
Pohon pohon kini mula berputik indah
Indahnya sakura ia berputik
Menghiasi jalan dan lorong yang sebelumnya suram
Beruntung orang disekeliling atas kebaikannya

Berfikir renung sejenak sang pencerita
Apakah wujud dan hadirnya diri ini seperti pohon sakura itu
Ibarat setianya daun pada dahan
Sampai masa ia kering dan gugur
Ibarat harum mewanginya sakura
Semerbaknya hanya sementara
Ibarat hadirnya burung pada kuntuman bunga
Hadir tiba hanya untuk manis madu

Namun begitu
Sang pencerita sentiasa berharap
Moga diri ini menjadi pohon sakura dari arah yang satu lagi
Yang hadirnya sangat dinanti
Yang perginya dirindu bersama sejuta kenangan
Yang seketika hadirnya mampu membawa kebahagiaan


Thursday 8 March 2012

SEINDAH TAMAN

Suatu masa...
Aku berjalan sendiri
Jalan langkahku sambil memerhati
Lalu
Aku melewati sebuah taman
Taman yang dipenuhi dengan bunga
Ku lihat disekeliling
Ia tumbuh dengan melata banyaknya
Pelbagai bentuk rupa dan warna bisa ku lihat
Ada yang putih serinya
Ada yang merah jiwanya
Ada yang muda tunasnya
Ada yang layu menuanya

Aku mengamati..
Kumbang beluncas serta rerama
Masing-masing punya bunganya sendiri
Kumbang gagah kerna madu bunganya
Beluncas berkepompong dibawah lembayung bunganya
Rerama indah juga hasil bunganya
Sama-sama melengkapi dengan manfaatnya


Wanita...
Kau adalah bunga
Kau adalah perhiasan taman
Kau adalah keindahan
Keberadaanmu sangat berguna
Perananmu sangat bermanfaat
Kewujudanmu sangat dihargai
Adanya kamu untuk melengkapi


Apa kan bisa kumbang segagah perkasa tanpa madu bunga
Apa kan bisa kepompong beluncas bertahan tanpa lembayungannya
Apa kan bisa rerama jadinya seindah
Mungkinkah bisa bunga melata dengan banyaknya tanpa mereka
Masing-masing sama perlu
Masing-masing adalah satu
Kerna semuanya merupakan sebahagian dari taman indah


Wednesday 7 March 2012

MUTIARA AWAN

Pada ketika ini
Aku dapat merasakan dingin bayu mula menerpa
Kedinginannya dapat ku rasa hingga ke terusuk ku
Ku lihat diatas sana
Gelap mendung awan telah mula berarak
Arakannya itu menutupi langit biru yang tadinya cerah
Dan sekarang
Segalanya telah menjadi dingin gelita

Kini kedengaran di kupingku
Deruman guruh kilat mula berdentum
Gerun sayup rasa dihati ini

Lalu setelah itu
Mutiara awan mulai jatuh
Sebutir demi sebutir ia turun mengenai aku
Semakin lama semakin laju ia turun jatuh
Serta membasahi diriku
Bisa saja aku menjadi kuyup
Bisa saja aku jatuh sakit
Bisa saja aku tiada apa apa

Namun
Berganjak tidak langkahku ini
Ia tetap saja berdiri ada disitu
Memerhati serta merasai dengan penuh sabar

Uniknya mutiara awan ini
Mungkin bisa ia disambut gembira
Mungkin bisa ia membawa bencana

Tidak ubah seperti teman kawan dan sahabat
Yang hadirnya tiada henti serta silih berganti
Walau pun terkadang ia membawa senang
Walau terkadang ia membawa gembira
Walau terkadang ia membawa sedih bencana

Harusnya diingat kita semua
Bahawa ia adalah kurniaan
Ia adalah ciptaan
Ia adalah pemberian
Dalam baiknya mungkin ada yang kurang
Dalam kekurangannya carilah kebaikannya
Kerana
Ketahuilah bahawa tiada insan yang sempurna di dunia ini



Monday 5 March 2012

PELANGI

Saat yang ku nanti kini telah tiba
Hujan yang tadinya deras lebat kini mulai renyai reda
Awanan yang tadinya mendung kini telah mula berarak pergi
Mentari yang diselindung telah kembali menyerlah sinar
Menerangi semula hari dan perjalanan manusia

Terserlah dihadapan mata pandanganku
Satu keindahan ciptaan yang bagiku sungguh sempurna
Ia mempunyai segala tona warna kehidupan
Menggambarkan kecantikan segala kejadian
Itulah pelangi

Pabila diimbas renung kembali
Pelangi cantik nan indah itu terjadi dengan tidak semudah yang dikira
Perlu didatangkan awan mendung dahulu
Diturunkan pula selepasnya hujan
Deras lebat serta renyai reda yang mengiringi
Setelah itu dimunculkan semula sinar mentari
Maka dari itulah baru wujudnya pelangi itu

Bagi kita manusia
Tidak punya jalan yang mudah
Dalam hidup kita
Tiada satu pun yang bisa kita gapai
Jika tanpa diiringi usaha yang sesungguh
Walau seberapa kali kita rebah
Bangunlah semula lalu teruskanlah

Andai awan mendung tidak berarak tiba
Andai mendung awan tidak menurunkan hujan
Andai hujan tidak berhenti
Andai mentari tidak muncul sinarnya
Maka pelangi itu tidakkan bisa kita lihat indah cantiknya...


Sunday 4 March 2012

DATANG DAN PERGI

Pagi ini aku dapat merasakan ketenangan
Ketenangan yang telah lama ku nanti
Hari demi hari...
Detik demi detik...
Masa berganti masa...
Dan pada hari ini...
Pada ketika ini..
Pada saat ini..
Ia hadir dan berdampingan denganku
Terima kasih serta syukur padamu Tuhan atasa kurniaan ini

Pada pagi nan indah lagi tenang ini
Ku menggagahkan diriku untuk bingkas bangkit dari kujuran
Aku keluar dan membiarkan wajahku disapa dingin bayu pagi
Membiarkan mataku melilau melihat keindahan alam

Lalu
Pandanganku tertarik pada sekawanan burung yang sedang terbang
Ku lihat mereka menjalani kehidupan mereka dengan gembira
Mereka terbang bersama
Mereka mencari makan bersama
Mereka berehat bersama
Saling tolong menolong
Saling bantu membantu

Namun
Walau hampir setiap ketika mereka bersama
Pasti terdapat ruang dan masa ketikanya mereka bersendirian
Pada pengamatanku
Di saat ini burung yang tadinya gembira kini mulai lesu
Sekarang ia sendiri tanpa teman
Kelihatan bingung seperti tidak tahu apa yang harus dilakukan

Ada pengajaran yang aku dapati dari semua ini
Teman di saat susah itu ada
Teman dikala senang itu ada
Hidup bersama teman disekeliling itu indah dan gembira
Namun kita harus bersedia dan belajar hidup tanpa mereka
Kerana
Teman serta kawan itu datang dan jua pergi


Wednesday 22 February 2012

KAU ISTIMEWA

Di atas jalan inilah aku bergerak
Jalan yang biasa aku lalui
Satu-persatu langkahku diatur
Menapak dengan penuh sabar

Disaat aku sedang leka berjalan
Datang sang bayu menerpa diriku
Sayu lembut ia bertiup
Tiada kencang tiada goncang

Aku merasa sangat senang dengan kehadirannya
Hembusannya menjadikan aku tidak berkeringat
Nyamannya membuatkan aku merasa aman bahagia
Ia terus bertiup menemani perjalananku

Sekian lama bersama dengan bayu ini
Membuatkan aku tidak ingin berpisah dengannya
Kerna bagiku
Bayu ini sangat istimewa
Tiupannya yang lembut...
Hembusannya yang sayu
Serta rasa nyaman yang dibawanya...

Lalu aku bertanya pada sang bayu itu
Apakah bisa selepas ini kau menjadi bayu istimewa khas buat menemaniku?
Maka ia pun berkata
Aku bisa menemanimu..
tapi ku tak bisa menjadi istimewa buatmu
kerna...
aku menganggap kau dan yang lainnya sama
aku menemanimu sama seperti aku menemani mereka


Maka dari jawapan itu
Aku tahu aku harus merelakannya datang dan pergi
Kapan pun ia mahu
Dan...
Aku bersyukur kerna aku bisa menemani sang bayu
Yang bagiku
Sangat istimewa...

~hanya takdir menentukan segalanya~





Wednesday 15 February 2012

KEPASTIAN

Benakku ku kini mula memainkan pelbagai persoalan
Persoalan yang mungkin punya penjelasan
Dan mungkin juga tidak
Apakah sebenarnya bayu itu...
Tak kelihatan tapi hanya mampu dirasa akan nyamannya
Apakah sebenarnya keindahan itu...
Hanya bisa dilihat
Tetapi
Tak bisa disentuh
Malah
Tak bisa digambarkan dengan kata-kata

Ada juga manusia yang cuba untuk menjelaskan
Ada benarnya akan apa yang diperjelaskannya
Ada juga penjelasannya yang dirinya sendiri tidak jelas
Ada penjelasan yang tersurat
Ada pula yang tersirat
Pada teorinya mungkin dapat disingkap
Namun pada alaminya ada yang tak terungkap

Seperti pada awalnya
Soal keindahan...
Banyak dari kita suka indahnya perasaan
Dan banyak dari kita tidak jelas akan perasaan itu
Indah tapi tak ketahuan bagaimana rupanya
Indah tapi tak ketahuan dari mana usulnya
Indah tapi tak ketahuan berapa lama ia bertahan
Mungkinkah indahnya hanya buat seketika
Mungkinkah hadirnya hanya persinggahan buat mengisi kekosongan
Mungkinkah wujudnya hanya permainan

Namun apa yang pasti
Walau hanya permainan
Walau hanya persinggahan
Walau banyak yang tidak bisa diperjelas
Biarkanlah ia singgah
Biarkanlah ia bermain
Andai takdir menentukan ia terus bersama kita
Maka itulah penjelasan sebenar...

Sunday 12 February 2012

segiTIGA

Indahnya bumi hari ini kerna punya teman seperti matahari
Bergunanya matahari hari ini kerna menjadi tanggungjawabnya untuk menyinari bumi
Matahari telah menjalankan tugasnya dengan baik sekali setakat hari ini
Maka dapatlah pula kita melihat hasil-hasil yang ada dibumi
Segalanya baik...
Segalanya subur...
Segalanya indah...
Kerna matahari itu tahu akan apa yang harus dilakukannya

Tetapi...
Entah kenapa
Matahari itu mahu melarikan diri dari tanggungjawabnya
Tidak lagi mahu terus menyinari sang bumi
Sang bumi terkapai-kapai tanpa ketahuan akan sebabnya
Kata si matahari dia sudah tidak dapat ikut rentak sang bumi
Sang bumi yang selama ini hanya bergantung pada si matahari
Kini terkulai lemah tanpa pemandu
Tidak tahu mana mahu dicari cahaya buat hasil telah wujud
Tidak tahu apa mahu dijawab pada segala hasil
Sang bumi berasa sungguh terkilan

Kini...
Si matahari mahu mencari pengganti bumi
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal
Muncul seketika sang marikh dihadapan si matahari
Hanya seketika..
Tetapi si matahari sudah sangat tertarik pada sang marikh
Si matahari menyatakan kisah serta keinginannya pada marikh
Sang marikh tidak tahu apa yang harus dilakukannya

Maka dengan itu...
Haruslah sang marikh itu beringat
Seandainya bumi yang telah punya hasil saat matahari bersamanya
Si matahari sanggup melepaskan tanggungjawabnya dan membiarkan bumi sendiri
Apatah lagi pada sang marikh yang baru sahaja muncul
Tidak juga mustahil perkara yang sama akan berulang
Pandai-pandailah sang marikh untuk menjaga diri...


Thursday 9 February 2012

SAHABAT


Umpama bumi dengan matahari
Umpama pohon rendang dengan tanah subur
Umpama pewangi dengan si pemakainya

Begitulah diibaratnya jalinan sahabat dengan sahabat
Saling memerlukan…
Saling melengkapi…
Saling menyempurna…
Jika ada yang kurang pada yang satunya
Maka yang satu lagi akan mencukupkan

Makhluk yang ada dibumi seperti pokok tidakkan bisa hidup tanpa cahaya mentari
Pohon besar nan rendang tidakkan bisa berdiri gagah tanpa tanah yang subur
Seorang yang memakai pewangi maka ramai yang suka mendekati

Tetapi andainya berlaku perselisihan
Bersedialah untuk mengalah salah satunya
Senantiasalah beringat tidak punya manusia sempurna dalam kehidupan ini



Friday 27 January 2012

PERJUANGAN SEJATI

Tatkala gelita menyelubungi malam nan kelam
Manusia tercari-cari dimanakah cahaya
Cahaya yang mampu menukar gelita menjadi cerah
Kerna
Apa yang di punya hanyalah sinar rembulan yang tidak mampu menerangi semesta
Diteruskan pencarian disertakan harapan yang terus menanti sinar cerah itu tiba

Lama menanti…
Lama mencari…
Selangkah demi selangkah gerak mencari
Sedetik demi detik masa berlalu
Ada yang seliuh
Ada yang jatuh
Ada yang rebah dan tidak bangun lagi
Namun pencarian harus diteruskan
Demi mencari sinar cahaya kehidupan
Moga nanti keturunan tidak merasa gelita

Tiba-tiba...
Kelihatan disebalik dua bukit
Muncul suatu serpihan sinar yang sangat terang
Tetapi belum kelihatan apakah yang mengeluarkan sinaran itu
Pengamatan diteruskan untuk melihat dari apakah cahaya itu keluar
Akhirnya ketahuan jua…
Mentari  ciptaan Ilahi inilah puncanya
Lama mencari akhirnya ditemukan jua
Semua bersorak gembira
Masing-masing saling berpelukan sambil air mata mengalir di pipi
Menyambut hasil yang lama dinanti

Mereka semua melahirkan rasa syukur dan terus berdoa
Moga Gusti memelihara sinar mentari ini
Agar dapat terus menerangi  semesta ini
Moga keturunan mereka terus berada dalam cahaya
Sinar cahaya kehidupan manusia…

(~perjuangan mencari cahaya hidayah Allah~)


Thursday 26 January 2012

SINAR ANUGERAH

Pagi itu, pagi yang tenang
Tenangnya pula tenang yang tak pernah dirasa sebelumnya
Hembusan bayu serta alunan pepohon mendamaikan lagi suasana
Seluruh hari itu menjadi saksi akan kehebatan yang berlaku

Tempatnya di sebuah kawasan letaknya di Tanah Suci
Seorang ibu bertuah melahirkan seorang anak yang istimewa
Istimewanya anak itu punya anugerah yang tiada pada manusia lainnya
Kewujudannya membawa sinar keharmonian alam sejagat bersamanya

Tatkala manusia lain masih teraba-raba dalam kegelapan
Insan ini datang pada mereka
Membawa sinar cahaya dan harapan
Menyuluhkan jalan keluar buat mereka
Agar mereka tidak terus sesat bersama gelita

Insan istimewa ini terus menerangi semesta yang gelap dari dulunya
Sinar yang tak pernah padam itu dibawanya ke setiap pelusuk
Mula barat sampai ke timur,
Mula selatan bawah hingga atasnya utara
Sinar itu akan terus menerangi tanpa malap

Insan ini merupakan anugerah
Insan ini adalah pemberian
Insan ini adalah utusan
Bagindalah Muhammad Rasulullah