Cute Blue Cloud -->

Tuesday 29 November 2011

SINAR HARAPAN

Kicauan burung telah kedengaran
Berselang-selikan bunyi kokokan ayam
Masing-masing telah memulai kehidupan mereka
Masing-masing mula menjalankan tugas mereka

Burung..
Ada anak-anak yang menanti di sarang untuk diberi makan
Terbang merata mencari dimana-mana adanya makanan untuk dibawa pulang
Dengan harapan moga anak-anaknya mampu membesar dengan sihat dan kuat
Ayam..
Anak-anaknya dibawa bersama dengannya mencari santapan mereka
Jika dikais pada pagi maka dapatlah makannya waktu pagi
Dikaisnya petang dapatlah bahagian petangnya pula

Andai diibaratkan pada kita
Burung dan ayam itu tugasnya sama seperti ibu dan bapa kita
Ayah..
Memulai hidupnya seawal pagi mencari rezeki buat anak dan isteri
Mencari dimana-mana sahaja diatas muka bumi Allah ini
Ibu..
Mengajarkan anak-anak tentang cara hidup manusia
Anak-anak dibawa bersama dan diajar tentang kehidupan

Maka dari itu
Setiap apa kejadian itu pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari
Perhatikanlah dan hargailah segala apa yang diciptakan Tuhan
Kerana hanya dari itulah kita mempelajari apa yang dinamakan Kehidupan..


Sunday 27 November 2011

PERABIH DUIT!!

Awal semester memang merupakan saat yg dinanti2kan bagi hampir semua student..
sebabnye masa ni lah masing2 jadi O.K.B
apa kebendenye lah OKB ni kn.. okb ni ialah Orang Kaya Baru.. HAHA
almaklumlah masing2 baru dapat duit PTPTN.. aku pun tak terkecuali..

Semalam.. haa.. ni lah aku nak citer ni..
semalam aku ngn mizwan, yus, zati, sueha, n ija kitorang keluar p bandar segamat..
aku pun mengeluarkan bajet yang agak besar..huhuhu
4 jam punye bershopping start dari lepas zohor sampai lpas asar..
kitorang gi makan kt kfc

hasil dari berjalan2 ni akhirnye aku membawa balik bersama aku..
tara..
seluar baru dan jam baru.. huhu
hajat aku nak beli necktie kaler ungu tak kesampaian sebab tak jumpe yang kene ngn citarasa aku..
sedih jugak la..

apa2 pon semalam memang merupan hari yang sangat seronok.. kitorang memang have fun giler..
~seronok~

Friday 4 November 2011

ANGIN

Tatkala angin sepoi petang mula berhembus
Pada saat itu
Aku sedang duduk di bawah sepohon nan rendang
Sambil menikmati indahnya alam ciptaan-Nya ini

Ku lihat awan putih berarak mula menutupi matahari senja
Langit yang mulanya biru kini telah mula me-merah
Haiwan-haiwan peliharaan sepertinya turut riang menjadi pelengkap

Angin bertiup membawa bersamanya seribu satu khabar dan cerita
Ada khabar yang menyenangkan
Dan ada pula khabar yang membawa duka
Datang bersamanya cerita yang hendak dikongsikan
Namun ada juga cerita yang tidak mahu diketahui

Tetapi tiada insan yang mampu menahan angin ini dari terus bertiup
Mahu atau tidak kita semua akan merasakan
Tiupan yang menusuk kalbu ini