Umum mengetahui bahawa
Kehidupan kita di atas muka bumi ini cuma sekali
Segala apa yang kita lakukan semasa hayat ini juga
cuma sekali
Tidak ada yang kedua kali
Hanya dengan sekali peluang inilah
Kita harus melakukan yang terbaik
Hanya dengan sekali peluang inilah
Kita mesti melaksanakan yang sesuatu
yang mampu mengubah satu yang lain untuk selamanya
Duhai Penguasa Alam Semesta Yang Esa
Andai ini ramadhan terakhirku
Jadikanlah aku hamba yang menerima rahmat
kemuliaanMu
Andai ini ramadhan terakhirku
Kasihilah aku dengan kebesaran pengampunanMu
Andai ini ramadhan terakhirku
Selamatkanlah aku dari bahana panas Mu yang tidak
tertanggung olehku
Duhai Pencipta Yang Maha Pengasih Penyayang
Andai ini ramadhan terakhirku
Kurniakanlah aku rasa taqwa kepadaMu
Moga aku bisa menjadi insan muttaqin
Sebagaimana yang Engkau sebut dalam kalam mulia Mu