Cute Blue Cloud -->

Friday 28 October 2011

AYAH

Awan mendung telah mula berarak..
Angin kencang mula bertiup..
Air menitik mengiringi keduanya..
Guruh berdentum diikuti petir dan kilat yang sabung-menyabung..

Namun ada insan yang sanggup meredahi semua itu demi mencari rezeki dan memberi nafkah buat anak-anak dan isteri..
dialah seorang lelaki yang memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga..
dalam menjalankan tugasnya penat lelah ditolak ke tepi..
sakit tak pernah dihiraukannya..
keringat yang berguguran tidak pernah dikira berapa banyaknya
dia perlu sentiasa kuat untuk menyempurnakan tugasnya..

Tetapi dia hanyalah insan biasa
sampai masa tenaganya tewas dimakan usia..
tenaga muda yang dulunya gagah kini semakin menua lemah..
kadangkala minta dipicit biar lega dan bersemangat lagi untuk meneruskan..
melihatnya semasa dia lena boleh menitiskan airmata..
wajahnya dapat menggambarkan segalanya..
tidak terbalas diri ini jika dikenangkan semula..
 namun akan aku lakukan apa yang termampu..

Terima Kasih Ayah..


Wednesday 12 October 2011

BAHAGIA

Ok.. kali ini aku nak layan perasaan  kejap.. huhuhu.. tak kesah lah orang nak cakap apa pun..
The main reason is setiap orang ada hati dan perasaan kan.. so, aku pun nak melayan lah jiwa aku ni..

Setiap daripada kita mesti ada something yang kita tak cerita kat orang.. even bestfriend yang betul2  best pun kita tak citer.. betul tak? Aku pun sama..
sebabnya kita tak tau macammana nak sampaikan benda yang dah lama terbuku kat hati ni.. maka kita akan guna macam2 cara untuk sampaikan isi hati kita.. kan?
Bole jadi kita mintak tolong orang sampaikan.. Bole jadi jugak kita sampaikan melalui lagu2 yang liriknya ada kena-mengena dengan apa yang kita nak bagitau..

apa yang aku nak bagitau ni adalah berkaitan dengan kebahagiaan...

ada satu ungkapan nii..

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain akan terbuka 
tapi selalunya kita akan memandang pintu yang dah tertutup itu terlalu lama 
hinggakan kita tidak nampak pintu lain yang telah pun terbuka untuk kita..

aku sure korang faham apa yang dimaksudkan dengan ungkapan ni..

perkara yang dah lepas biarkan berlalu.. sebab kebahagiaan ada dimana2.. carilah..

Ok.. itu je yang aku nak citer kali ni..
cube layan lagu kat bawah ni..

it's my favourite song.. best... ;)

http://www.youtube.com/watch?v=e2AO3u1C1Y0&feature=share

Friday 7 October 2011

Masjid Terbesar di Asia Tenggara

Assalamualaikum.. haip korang!! ^_^
Ok. Kali ni aku nak bagitahu kat korang yang belum tahu tentang satu masjid ni. Masjid namanya Masjid Istiqlal.
Masjid ni merupakan masjid yang TERBESAR sekali kat ASIA TENGGARA. Story sikit pasal background masjid ni..
Masjid ni boleh menampung LEBIH dari 100,000 jemaah pada satu masa. Waahh.. banyak tu..
Ia siap pada tahun 1961.. (oh,lama dah upenye..hehe) Masjid Istiqlal ni merupakan monumen paling penting dan menjadi simbol kemedekaan bagi rakyat Indonesia. Sebab tu dinamakan Istiqlal yang bermaksud merdeka.




Bangunan masjid ni terdiri daripada lima tingkat dengan bangunan induk seluas satu hektar dan disokong 12 tiang utama. Diameter kubahnya berukuran 45 meter.




huhuhu.. besar kn? nampak cam selesa sangat masjid ni.. beruntung diorang yang jadi masyarakat sana.. 
untuk rujukan korang bole lah bukak link ni http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Istiqlal
Sekian dulu untuk kali ni.. >_^

Wednesday 5 October 2011

~1st TIME~

Korang! Korang! Korang!
Nak tau cerita tak? Nak tak?
Tak nak? Tak nak takpe.. Aku nak cerita jugak.. yang nak boleh teruskan membaca..
yang tak nak pergi main jauh-jauh!! (eh, tak3.. kalau nak baca jugak apa salahnya.. hehe)


Ok..
baru-baru ni aku baru je buat pertama kalinya menjejakkan kaki aku kat "bumi bersejarah".
Korang tau kan.. kan3..?
Ha.. Melaka lah..


Maybe korang dah pernah sampai.. biasa lah masa sekolah dulu kan biasa ada cikgu buat rombongan.. pergi petrosains(KLCC), pergi zoo negara, pergi Melaka.. kan? mesti ada punya..
kalau bukan masa sekolah rendah masa sekolah menengah pun ada..
masa aku sekolah rendah dulu cikgu ada buat. Aku je yang tak pergi.


By the way, aku sekarang ni belajar kat UiTM Segamat, Johor Darul Takzim. Dari sini nak ke Melaka tu ambil masa lebih kurang sejam setengah( itu pun kalau maintain 100km/j la..)
Aku sekarang dah masuk semester 3 dah. Bila dah dekat camni kalau tak pergi rasa rugi la pulak kan.. 
So, aku taknak lah membebel lebih panjang kt intro ni.. korang layan lah gambar2 yang aku sempat snap masa aku and membe2 kt sana.. Enjoy!!
Ha.. time ni kitorang baru smpi kt bandar Melaka.. yang kiri sekali tu nama dia Naim. Dia lah driver kitorang.
yang tengah tu pulak nama dia fikhri. yang kanan sekali tu Joe a.k.a Nizam.. haha

ni lah beca nama dia.. cantik kan? terkejut aku masa mula2 nampak ni. ingat kan taman bunga bergerak.. huhu (>_<)




kereta ni merupakan kereta yang digunakan oleh tunku abd. rahman masa isytihar merdeka dulu.. elok lagi sampai sekarang.



orait!! ni lah some pictures kt bandar hilir melaka yg aku nak share dengan korang. Actually ada lagi. Gambar2 kat bawah ni time kitorang gi mandi2 kat Melaka Wonderland..








sekian lah sahaja cerita yang aku nak share dengan korang untuk kali ni. Lepas habis mandi2 ni kitorang pun balik..~tamat~


Monday 3 October 2011

heLLo DuNiA!!!



Assalamualaikum...
Haii korang...
dan HELLO DUNIA!!!
hehehe..

So, this is my blog. Aku baru je menceburkan diri aku ni ke dunia blog. Nak rasa la jugak macam mana rasanya jadi blogger ni.. dan sekarang ni aku da dapat merasakanya. Hmm.. not bad.



Dan macam biasa..

nama pon org baru.. dunia baru.. banyak benda nak kena belajar.

Jadi utk 1st entry ni aku just want to introduce myself kat korang.

Tolong tunjuk ajar aku how to be a good blogger cause i'm new here.

insyaAllah lepas ni aku akan cuba buat blog ni lebih menarik..

sebab inilah "DUNIA AKU"..