Cute Blue Cloud -->

Sunday, 12 February 2012

segiTIGA

Indahnya bumi hari ini kerna punya teman seperti matahari
Bergunanya matahari hari ini kerna menjadi tanggungjawabnya untuk menyinari bumi
Matahari telah menjalankan tugasnya dengan baik sekali setakat hari ini
Maka dapatlah pula kita melihat hasil-hasil yang ada dibumi
Segalanya baik...
Segalanya subur...
Segalanya indah...
Kerna matahari itu tahu akan apa yang harus dilakukannya

Tetapi...
Entah kenapa
Matahari itu mahu melarikan diri dari tanggungjawabnya
Tidak lagi mahu terus menyinari sang bumi
Sang bumi terkapai-kapai tanpa ketahuan akan sebabnya
Kata si matahari dia sudah tidak dapat ikut rentak sang bumi
Sang bumi yang selama ini hanya bergantung pada si matahari
Kini terkulai lemah tanpa pemandu
Tidak tahu mana mahu dicari cahaya buat hasil telah wujud
Tidak tahu apa mahu dijawab pada segala hasil
Sang bumi berasa sungguh terkilan

Kini...
Si matahari mahu mencari pengganti bumi
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal
Muncul seketika sang marikh dihadapan si matahari
Hanya seketika..
Tetapi si matahari sudah sangat tertarik pada sang marikh
Si matahari menyatakan kisah serta keinginannya pada marikh
Sang marikh tidak tahu apa yang harus dilakukannya

Maka dengan itu...
Haruslah sang marikh itu beringat
Seandainya bumi yang telah punya hasil saat matahari bersamanya
Si matahari sanggup melepaskan tanggungjawabnya dan membiarkan bumi sendiri
Apatah lagi pada sang marikh yang baru sahaja muncul
Tidak juga mustahil perkara yang sama akan berulang
Pandai-pandailah sang marikh untuk menjaga diri...


5 comments:

  1. Replies
    1. tak adalah dian.. puisi yg ni aku buat khas utk sorg membe aku ni. dia tgh alami segitiga ni. so aku smpikn nasihat aku sbgi kawan ni melalui puisi ni.. ;)

      Delete
  2. untunglah dia ada kawan baik macam kau :) btw utk kwn kau tuh : aku penah bce dulu yg setia itu juga sunnah tp kalau jodoh itu rahsia ALLAH, istikharah la jalan terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahh.. ustzh diana.. huhuhu ;)
      thnxx 4 d advice.
      tp alhmdulillh skrg ni dia da ok. da lpas dari masalah segitiga tu. =)

      Delete
  3. bhaha. xpyh ustzh sgt laa. ouh no biggie. :)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget