Thursday, 6 September 2012

MAAFKAN AKU SAHABAT

Aku bukanlah sahabat sempurna
Sering sahaja melakukan silap dan salah
Aku bukanlah sahabat mulia
Sering sahaja melakukan khilaf dan dosa
Aku bukanlah sahabat hikmah
Sering sahaja menambah duka dan lara

Sahabat
Engkau sentiasa ada disisi tatkala aku memerlukanmu
Engkau senantiasa ada untuk mendengar luahan hatiku
Engkau sentiasa ada dekat denganku unutk bersama aku
Adanya kita susah senang bersama

Sahabat
Mungkin aku pernah terlanjur bicara tersalah kata
Mungkin aku pernah meluka mencalar hati lara
Mungkin aku pernah menambah beban tanpa sengaja
Segalanya itu atas kelemahan jiwa

Lalu ku putuskan menyusun jari memohon kemaafan atas keterlanjuran
Tanganku menadah memohon keampunan Tuhan
Maafkan daku duhai sahabat
Maafkan daku duhai teman...


Saturday, 4 August 2012

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU


Umum mengetahui bahawa
Kehidupan kita di atas muka bumi ini cuma sekali
Segala apa yang kita lakukan semasa hayat ini juga cuma sekali
Tidak ada yang kedua kali

Hanya dengan sekali peluang inilah
Kita harus melakukan yang terbaik
Hanya dengan sekali peluang inilah
Kita mesti melaksanakan yang sesuatu
yang mampu mengubah satu yang lain untuk selamanya

Duhai Penguasa Alam Semesta Yang Esa
Andai ini ramadhan terakhirku
Jadikanlah aku hamba yang menerima rahmat kemuliaanMu
Andai ini ramadhan terakhirku
Kasihilah aku dengan kebesaran pengampunanMu
Andai ini ramadhan terakhirku
Selamatkanlah aku dari bahana panas Mu yang tidak tertanggung olehku

Duhai Pencipta Yang Maha Pengasih Penyayang
Andai ini ramadhan terakhirku
Kurniakanlah aku rasa taqwa kepadaMu
Moga aku bisa menjadi insan muttaqin
Sebagaimana yang Engkau sebut dalam kalam mulia Mu


Thursday, 26 July 2012

KEMULIAAN YANG DIRINDUI

Penantianku kini telah berakhir
Selepas berbulan-bulan lamanya ku menunggu
Setelah setahun lamanya ku menanti
Akhirnya kau kembali menemui aku

Kerinduanku kini telah terubat
Selama beratus-ratus hari jiwa ku melara
Selama beribu-ribu detik raga ku tersiksa
Kini kau kembali membaluti parah hatiku

Kedatangan dan kehadiranmu sangat dirindui
Peninggalan serta pemergianmu amat ditangisi
Kedatanganmu membawakan kebaikan seribu bulan
Kehadiranmu mewujudkan keberkatan
Keberadaanmu melahirkan kebahagiaan
Kewujudanmu datang bersama seribu kemaafan

Duhai bulan yang penuh kemuliaan
Duhai bulan yang yang penuh keberkatan
Duhai bulan yang penuh kebaikan
Ku memohon dan berharap
Semoga pertemuan kita kali ini membawa lebih bermakna
Agar aku bisa menjadi insan yang lebih sempurna
Agar aku mampu menjadi insan yang lebih baik

Ya Rabbuljalil.. Allahumma amin..


Sunday, 8 July 2012

KHILAF

Mungkin salah apabila dikata langit kan selalu cerah
Mungkin silap apabila dikata bulan kan selalu indah
Mungkin juga tidak tepat apabila dikata mentari kan terus menyinar

Langit cerah adakalanya mendung
Bulan indah adakalanya tidak kelihatan
Sinaran mentari adakalanya tidak menerangi

Aku hanyalah manusia biasa
Sering saja melakukan kesilapan dan khilaf
Dek kerana kasarnya mata maka salah melihat
Dek kerana tajamnya lidah maka salah berbicara

Ku akui akan semua kesilapanku
Mohon maafkan aku..


Monday, 28 May 2012

KINI AKU LAHIR

Inilah saat dan masanya
Inilah waktu dan ketikanya
Inilah detik dan hari bermulanya sebuah kehidupan

Ketika kejadian itu berlaku
Sunyi tidak suasananya
Kedengaran disebalik kamar kecil
Suara seorang wanita sedang bertarung lemah
Dalam keadaannya seakan nyawa-nyawa ikan
Mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan satu lagi nyawa
Bersyukur setinggi sebanyak gunung dan lautan tiada cukupnya
Kini dua nyawa yang bertarung itu masing-masing selamat
Terima kasih Tuhan kini aku selamat dilahirkan

Pada waktu itulah
Kedengaran ditelingaku azan dan iqamah buat pertama kalinya
Lalu bermula detik itu sehingga ke saat ini
Berhenti tidak aku mendengarnya kedua-dua alunan itu
Namun tiada yang serupa sebagaimana aku mendengarnya buat kali pertama
Kerana ia suara dari seorang lelaki yang tiada gantinya

Hari ini merupakan harinya
Walau sering sahaja ia berulang acap tahun
Namun berbagai peristiwa dan pengalaman telah ku tempuhi
Jatuh dan bangunku
Naik serta turunku
Segalanya bermula dari hari ini..

Terima kasih mama ayah..
Tanpa kalian mungkin aku tidak bisa menjadi seperti sekarang..


Tuesday, 15 May 2012

PALESTIN

Hari itu merupakan hari yang bersejarah
Waktu itu merupakan waktu puncak amarah
Saat itu merupakan saat yang parah
Detik itu merupakan detik luka masih berdarah

Bedilan meriam mereka letuskan tanpa amaran
Pedang tajam mereka menusuk menembusi rusuk
Senjata api mereka lepaskan ke sasaran tanpa belas kasihan
Lelaki mereka perlakukan seperti binatang
Anak-anak kecil mereka perlakukan umpama haiwan
Wanita mereka perkosa dengan hina
Golongan tua mereka perbuat seolah mereka tidak bernyawa

Kini mangsa-mangsa ini hidup gelandangan
Mangsa-mangsa ini menjadi pelarian dinegeri mereka sendiri
Tanah tempat tumpah betapa banyaknya darah mereka ini
Pemangsanya kini bermaharajalela
Pemangsanya kini besar gelak tawanya

Saudara-saudara ku..
Kami ini insan yang lemah
Malah lebih lemah dari kalian
Kami tak mampu berjuang di medan seperti kalian
Hanya doa dan sedikit bantuan mampu kami panjat serta hulurkan
Moga-moga kalian terus kuat agar kemenangan dapat kita capai..


Wednesday, 9 May 2012

MAMAKU IBUKU

Malam masih belum tamat
Bulan masih jelas terang kelihatan
Syahdu dingin bayu malam masih bisa dirasai
Simfoni indah melodi malam masih lagi berbunyi

Pada ketika waktu dan saat ini
Jaga dan bangkitnya seorang insan mulia
Membuka tahan kelopak matanya yang berat terpejam
Mengorbankan waktu enak beradunya
Melawan jiwa yang menginginkannya untuk terus diulit mimpi

Kehidupannya dimula seawal pagi
Cukup tidak tidurnya ditahankan sahaja
Penat letih semalam dilupakan terus
Titisan keringat serta beban tidak pernah dikira
Hanya dan cuma buat suami, anak-anak dan keluarganya

Mama...
Ibu...
Emak..
Ummi...
Walau apa panggilan yang kau terima
Kau tetap insan mulia
Pengorbananmu tidak aku ternilai
Jasamu tidak aku terbalas
Sungguh banyak yang telah kau lakukan
Hanya demi kami
Cuma kata-kata serta ucapan yang mampu ku luahkan disini


Mama...
Ibu...
Emak..
Ummi...
Terima kasih atas segalanya~