Cute Blue Cloud -->

Wednesday 5 October 2011

~1st TIME~

Korang! Korang! Korang!
Nak tau cerita tak? Nak tak?
Tak nak? Tak nak takpe.. Aku nak cerita jugak.. yang nak boleh teruskan membaca..
yang tak nak pergi main jauh-jauh!! (eh, tak3.. kalau nak baca jugak apa salahnya.. hehe)


Ok..
baru-baru ni aku baru je buat pertama kalinya menjejakkan kaki aku kat "bumi bersejarah".
Korang tau kan.. kan3..?
Ha.. Melaka lah..


Maybe korang dah pernah sampai.. biasa lah masa sekolah dulu kan biasa ada cikgu buat rombongan.. pergi petrosains(KLCC), pergi zoo negara, pergi Melaka.. kan? mesti ada punya..
kalau bukan masa sekolah rendah masa sekolah menengah pun ada..
masa aku sekolah rendah dulu cikgu ada buat. Aku je yang tak pergi.


By the way, aku sekarang ni belajar kat UiTM Segamat, Johor Darul Takzim. Dari sini nak ke Melaka tu ambil masa lebih kurang sejam setengah( itu pun kalau maintain 100km/j la..)
Aku sekarang dah masuk semester 3 dah. Bila dah dekat camni kalau tak pergi rasa rugi la pulak kan.. 
So, aku taknak lah membebel lebih panjang kt intro ni.. korang layan lah gambar2 yang aku sempat snap masa aku and membe2 kt sana.. Enjoy!!
Ha.. time ni kitorang baru smpi kt bandar Melaka.. yang kiri sekali tu nama dia Naim. Dia lah driver kitorang.
yang tengah tu pulak nama dia fikhri. yang kanan sekali tu Joe a.k.a Nizam.. haha

ni lah beca nama dia.. cantik kan? terkejut aku masa mula2 nampak ni. ingat kan taman bunga bergerak.. huhu (>_<)




kereta ni merupakan kereta yang digunakan oleh tunku abd. rahman masa isytihar merdeka dulu.. elok lagi sampai sekarang.



orait!! ni lah some pictures kt bandar hilir melaka yg aku nak share dengan korang. Actually ada lagi. Gambar2 kat bawah ni time kitorang gi mandi2 kat Melaka Wonderland..








sekian lah sahaja cerita yang aku nak share dengan korang untuk kali ni. Lepas habis mandi2 ni kitorang pun balik..~tamat~


No comments:

Post a Comment