Cute Blue Cloud -->

Tuesday 29 November 2011

SINAR HARAPAN

Kicauan burung telah kedengaran
Berselang-selikan bunyi kokokan ayam
Masing-masing telah memulai kehidupan mereka
Masing-masing mula menjalankan tugas mereka

Burung..
Ada anak-anak yang menanti di sarang untuk diberi makan
Terbang merata mencari dimana-mana adanya makanan untuk dibawa pulang
Dengan harapan moga anak-anaknya mampu membesar dengan sihat dan kuat
Ayam..
Anak-anaknya dibawa bersama dengannya mencari santapan mereka
Jika dikais pada pagi maka dapatlah makannya waktu pagi
Dikaisnya petang dapatlah bahagian petangnya pula

Andai diibaratkan pada kita
Burung dan ayam itu tugasnya sama seperti ibu dan bapa kita
Ayah..
Memulai hidupnya seawal pagi mencari rezeki buat anak dan isteri
Mencari dimana-mana sahaja diatas muka bumi Allah ini
Ibu..
Mengajarkan anak-anak tentang cara hidup manusia
Anak-anak dibawa bersama dan diajar tentang kehidupan

Maka dari itu
Setiap apa kejadian itu pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari
Perhatikanlah dan hargailah segala apa yang diciptakan Tuhan
Kerana hanya dari itulah kita mempelajari apa yang dinamakan Kehidupan..


No comments:

Post a Comment