Cute Blue Cloud -->

Friday 4 November 2011

ANGIN

Tatkala angin sepoi petang mula berhembus
Pada saat itu
Aku sedang duduk di bawah sepohon nan rendang
Sambil menikmati indahnya alam ciptaan-Nya ini

Ku lihat awan putih berarak mula menutupi matahari senja
Langit yang mulanya biru kini telah mula me-merah
Haiwan-haiwan peliharaan sepertinya turut riang menjadi pelengkap

Angin bertiup membawa bersamanya seribu satu khabar dan cerita
Ada khabar yang menyenangkan
Dan ada pula khabar yang membawa duka
Datang bersamanya cerita yang hendak dikongsikan
Namun ada juga cerita yang tidak mahu diketahui

Tetapi tiada insan yang mampu menahan angin ini dari terus bertiup
Mahu atau tidak kita semua akan merasakan
Tiupan yang menusuk kalbu ini

No comments:

Post a Comment