Cute Blue Cloud -->

Friday 28 October 2011

AYAH

Awan mendung telah mula berarak..
Angin kencang mula bertiup..
Air menitik mengiringi keduanya..
Guruh berdentum diikuti petir dan kilat yang sabung-menyabung..

Namun ada insan yang sanggup meredahi semua itu demi mencari rezeki dan memberi nafkah buat anak-anak dan isteri..
dialah seorang lelaki yang memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga..
dalam menjalankan tugasnya penat lelah ditolak ke tepi..
sakit tak pernah dihiraukannya..
keringat yang berguguran tidak pernah dikira berapa banyaknya
dia perlu sentiasa kuat untuk menyempurnakan tugasnya..

Tetapi dia hanyalah insan biasa
sampai masa tenaganya tewas dimakan usia..
tenaga muda yang dulunya gagah kini semakin menua lemah..
kadangkala minta dipicit biar lega dan bersemangat lagi untuk meneruskan..
melihatnya semasa dia lena boleh menitiskan airmata..
wajahnya dapat menggambarkan segalanya..
tidak terbalas diri ini jika dikenangkan semula..
 namun akan aku lakukan apa yang termampu..

Terima Kasih Ayah..


4 comments:

  1. tak guna punya adik. mengalir air mata bang. haih. ayah dgn mama sihat rini?

    ReplyDelete
  2. :) ayah ngn mama alhamdulillah sehat je..

    ReplyDelete
  3. kakak baru sempat melihat entry yg baru ni.. btul wo bang..seyes mengalir airmata baca..ish adik aku ni...

    ReplyDelete